Pengangkutan rel di Malaysia
Pengangkutan rel di Malaysia

Pengangkutan rel di Malaysia

Pengangkutan rel di Malaysia ialah satu daripada aspek utama bagi rangkaian pengangkutan Malaysia.Pengangkutan rel bermula pada tahun 1885 dengan pembukaan aliran keretapi yang pertama di antara Taiping dengan Port Weld (sekarang Kuala Sepetang).[2] Kini, pengangkutan rel ini yang terdiri daripada rel berat (termasuklah rel kelajuan tinggi), transit aliran ringan (LRT), monorail dan aliran landasan funicular. Rel berat yang sebanyaknya digunakan untuk pengangkutan penumpang antarabandar dan muatan dan pengangkutan awam, manakala LRT digunakan untuk pengangkutan dalam bandar dan penggunaan khas seperti pengangkutan di antara bangunan lapangan terbang. Terdapat aliran landasan kelajuan tinggi dengan dua perkhidmatan tren kelajuan tinggi di antara Kuala Lumpur dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Satu aliran monorail juga digunakan untuk pengangkutan awam di Kuala Lumpur manakala aliran landasan funicular adalah di Penang.Landasan monorail yang baru dibuka di Bandaraya Melaka sejauh 1.6km. Walau bagaimanapun monorail ini untuk para pelancong yang ingin menyusuri Sungai Melaka. Landasan ini akan dipanjangkan menjadi 3km pada masa depan.Rangkaian landasan keretapi meliputi semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Negeri Terengganu. Bagi Negeri Melaka landasan keretapi memasuki sepanjang 32 kilometer di bahagian utara negeri ini dalam daerah Alor Gajah dan Jasin. Antara stesen yang terdapat dalam Negeri Melaka ialah Batang Melaka, Tebong dan Pulau Sebang/Tampin. Ada perancangan dalam Rancangan Malaysia ke-10 untuk memanjangkan lagi landasan keretapi dari Pulau Sebang/Tampin hingga ke Bandaraya Melaka sejauh 30 kilometer dengan menggunakan bekas landasan keretapi yang telah dibongkar ketika pendudukan Jepun. Di Malaysia Timur, Sabah mempunyai landasan keretapi yang dimiliki dan dioperasikan oleh Jabatan Kereta Api Negeri Sabah manakala Sarawak tidak mempunyai perkhidmatan keretapi. Singapura, walaupun bukan sebahagian dari Malaysia, turut diliputi oleh rangkaian landasan keretapi Malaysia. Rangkaian ini juga disambung kepada rangkaian landasan keretapi Thai, 1, di utara Semenanjung Malaysia.

Pengangkutan rel di Malaysia

Tolok piawaian1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in) 57 km (35 mi)
Tolok meter1,000 mm (3 kaki 3 3⁄8 in) 1,776 km (1,104 mi)
Kereta api kebangsaan Keretapi Tanah Melayu
Utama 1,000 mm (3 kaki 3 3⁄8 in)
Berkelajuan tinggi 1,000 mm (3 kaki 3 3⁄8 in)
1,435 mm (4 kaki 8 1⁄2 in)
Sudah berelektrik 767 km (477 mi)
Pengendali utama 1 2
3 4 5 6
7 8
Peta transit SPAD
Penumpang 694,057 (2017) [note 1]
Dua aliran 767 km (477 mi)
Jumlah 1,833 kilometer (1,139 mi)